Nabil Cyclist

A Teacher, A Cyclist, A Runner

Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020

Tahun 2020, Hari Raya Aidilfiti kali ini disambut secara berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kaum Muslimim Muslimat menyambut Hari Raya dalam keadaan terbatas.

  • Tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman merentas negeri sebelum Hari Raya.
  • Tidak dibenarkan bergerak merentas negeri semasa Hari Raya (24 Mei 2020)
  • Pergerakan rentas negeri hanya untuk hal kecemasan sahaja dengan kebenaran Polis.
  • Hanya diberi kelonggaran menziarah saudara-mara dalam daerah sama sahaja (maximum 20 orang dalam satu masa) untuk Hari Raya pertama sahaja.
  • Tidak dibenarkan berpelukan dan bersalaman-salaman antara sanak-saudara dan sahabat handai.
  • Tiada solat Aidilfiri beramai-ramai di masjid, hanya solat di rumah masing-masing.
  • Tiada acara ‘shopping’ baju raya besar-besaran sempena menjelang raya. Pakai apa yang ada sahaja.
  • “Hand sanitizer” dibawa setiap kali hendak berziarah.
  • Dikehendaki menjaga ‘social distance’ semasa berziarah.

Aidilfitri disambut pada Ahad, 24 Mei 2020 dalam suasana PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Namun begitu, para keluarga masih lagi meyediakan ketupat, lemang,rendang dan kuih-muih. Suasana Hari Raya masih dikekalkan, cuma kali ini sambutannya biasa-biasa bagi sebilangan besar orang. Ramai juga yang bergaya dengan baju raya lengkap dan kemudian mengambil foto keluarga bersama di pagi raya. Semuanya dengan gaya bersederhana sahaja. Tiada konvoi kereta beramai-ramai ke sana-sini.

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi mencegah Coronavirus COVID-19 masih diteruskan pelaksanaan di seluruh Malaysia sehingga 6 Jun 2020. Malah, sebelum itu juga, umat Islam telah berpuasa Ramadhan dalam suasan PKP selama 1 bulan penuh. Pertama kali dalam sejarah, tiada Bazar Ramadhan dibenarkan sepanjang tempoh itu.

Namun, kita harus bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang menyempurnakan ibadah sepanjang Ramadhan dan merayakan Aidilfiri dengan aman bersama keluarga terdekat.