Nabil Cyclist

A Teacher, A Cyclist, A Runner

Aku Dan Basikal 28/6/2020

Plan nak kayuh Putrajaya pagi ni…nak dapatkan dalam 50km..

Baru 10km kayuh….rasa macam tayar belakang terlanggar sesuatu yang keras di LDP…tak pasti apa…ingatkan batu..

5 minit lepas tu…aku terasa pelik…apa pasal berat semacam je basikal ni….jenuh nak kayuh…atau kaki aku yang lembik ni….toleh ke belakang, perasan….laaa…tayar belakang bocor daa…

Ini mesti telanggar benda tajam la ni..

Turun dari basikal…tolak basikal sampai ke Shell area Andora Hospital…

Nak tak nak kena cari spot untuk tukar tiub basikal….takkan nak suruh bini jemput pulak..

Ini la puncanya…
Mengeluarkan tools yang diperlukan..
Pemandangan awal perkayuhan pagi ini..
Bukan paku…tapi dawai besi…panjang pulak tu….tembus tiub..

Proses menukar tiub mengambil masa dalam 20 minit….

Penat dress up macam cyclist pro…sambung la kayuh ke Putrajaya…jika diikutkan memang hilang mood nak kayuh..

Akhirnya dapatla dalam 45km pagi ni..